Cinta Haramain


sedang sepi berhimpit-himpit
kalbuku menjerit kerinduan
 mabukcinta pada Haramain

Setiap kali musim cuti, pasti teringatkan tanah suci. Timbul suatu perasaan ingin menziarahi dua tempat ini, tidak wujud perasaan bosan walaupun telah beberapa kali ke sana. 

Yang membuatkan saya tersenyum bilamana teringatkan pengalaman yang berbeza setiap kali berkunjung ke Haramain. Paling manis pabila dapat ketemu ummi dan ayah di pekarangan masjid Nabawi , pengalaman menjadi mahram dan menguruskan umrah adik tersayang jugak tak akan dilupakan. Saya berimpian selepas ini ingin membawa isteri bersama menziarahi tanah suci sebelum saya habiskan pengajian saya di Jordan. :D

Moga dipermudahkan rezeki saya ke sana lagi suatu masa nanti, buat teman yang sedang atau akan mengerjakan ibadah umrah kali ini didoakan agar Allah menerima ibadah dan doa kalian.

Selamat merindui pada yang tak dapat pergi.

Internet

makin hari makin slow
kalau benda ni hidup
dah lama aku ajak bertumbuk.

Kau dan telefon

Di suatu petang yang redup suasananya, burung berkicau memuji tuhan. Mentari mengambil laluan kiri untuk terbenam.Di ufuk timur pula, kelihatan bulan memanjat tangga menuju ke puncak langit. 

Telefon gua berdering memecahkan keheningan petang, satu notification diterima. Pengantarnya Chilok, budak bilik sebelah.

***

'woi, tengah buat apa? ' soal Chilok. 

'aku tengah memerhatikan alam.'

'jom keluar, pergi jogging.'

'bila? dengan siapa? ' 

'kejap lagi, dengan momo.'

'ah, malas ar. kau pergi je laa dengan dia.'

'jom laa, teman aku. puhlisss.'

'argh, datang bilik aku bincang.'

***

Inilah bahana dunia di hujung jari, duduk bersebelahan pun malas nak jumpa. Parah parah !

Kau sahabat

Dunia ini indah kerna dipenuhi dengan watak dan kerenah manusia yang berbeza-beza. Cuba bayangkan, setiap manusia disekeliling kita sama saja wataknya. Tentu sahaja kita muak untuk berdepan setiap hari, sedangkan selera makan kita pun sering bertukar.


Apa yang terjadi awal minggu ini betul-betul mengguris hati dan membuka mata. Selama ini aku sangkakan orang sekeliling aku (sahabat) hadir dengan 'ukhuwahfillah', rupanya ada yang menjadi sahabat atas dasar kepentingan.


Luluh hati ini.  Sebak bila sahabat yang aku kenali bertahun lamanya membuang aku dengan alasan 'tidak lagi ada kepentingan'. Laju aku menyoal pada diri, adakah aku telah berbuat sesuatu yang menyinggung hati dia sehingga terkeluar kenyataan sebegitu. 


Paling menyakitkan, kau bukan saja menyembelih persahabatan kita berdua tapi kau mengeruhkan hubungan aku dengan sahabat yang lain. Apa dosa yang telah aku lakukan padamu sahabat?


Jika terdapat sebarang silap aku, mohon luahkan supaya dapat aku perbaiki diri dan menjaga persahabatan yang terbina ini . Dikesempatan yang ada, aku memohon maaf pada semua orang  sekiranya ada tingkah laku, kata-kata yang pernah atau sedang menyakiti kalian.


Tegurlah aku berhadapan jika aku ada silap, aku terima seadanya.Sayang semua yang hadir dalam hidup saya kerna Allah.

"Ya Allah, apa sahaja yang ku alami daripada nikmatmu daripada kurniaan daripada sesiapa dikalangan hamba-Mu,tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada engkau wahai tuhan, bagi engkaulah pujian, bagi engkaulah kesyukuran."


Terima kasih pada sesiapa yang memberikan sokongan mahupun cacian, saya hargai kesemuanya. Anda saya sayang kerana Allah !

Talam dua muka

didepan kita baik saja
dibelakang dipersetankan kita

Allah maha mengetahui
Moga Allah membalas semuanya.